ANALISIS REKA BENTUK KURIKULUM, POLA KURIKULUM DAN ORIENTASI KURIKULUM YANG DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
Kurikulum yang dibentuk oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah penting sebagai panduan kepada setiap pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidik perlu melaksanakan tugas pengajaran berpandukan rancangan pengajaran. Rancangan pengajaran pula adalah berpadukan kepada topik atau sub-topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus atau maklumat kursus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu program pengajian. Proses dapat dijelaskan seperti rajah di bawah :
Dalam konteks ini, kurikulum kebangsaan pembentukkan adalah dirancang oleh pakar Pusat Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan rancangan ini dokumenkan secara bertulis melalui slibus bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum kebangsaan didokumentasikan dan dikenali mengikut tahap da jenis pendidikan :
i) kurikulum standard pra sekolah (KSPS)
ii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah bertukar kepada kurikulum standard sekolah rendah (KBSR)
iii) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
iv) Kurikulum Pendidikan khas (KPK)
Perkembangan Kurikulum
Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan , Pelaksanaan dan Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti rajah di bawah :
Pola & Orientasi Reka Bentuk Kurikulum
i) Berpusatkan akademik
Ciri-ciri:
- Menekankan pengetahuan,nilai dan warisan budaya
- Beronterasikan kepada subjek dan pengetahuan
- Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek
- Kurikulum berpusat isi kandungan ( apa yang akan diajarkan)
- Pengajaran melibatkan proses mengingat & memahami
- Diajarkan secara terpisah-pisah (mengikut bab/topik)
mendatar : antara disiplin ilmu
Kekuatan :
- Mudah untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian
- Pendidik tidak perlu dilatih secara khusus
- Peranan pelajar pasif
- Pengajaran fokus kepada pengetahuan
- Pengajarannya yang terpisah-pisah bertentangan dengan kenyataan bahawa pengethuan berbentuk integrasi
Ciri-ciri :
- Fokus kepada individu > potensi
- Pengajaran mengikut minat pelajar
- Organisasi kurikulum (minat, keperluan da tujuan pelajar)
- Berorientasikan aktiviti & membina pengalaman
- Humanistik > pembinaan insan
- Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum yang hendak mereka pelajari.
- Motivasi belajar bersifat intrinsik
- Pengajaran melihat kepada perbezaaan individual
- Aktiviti penyelesaian masalah untuk menghadapi kehidupan
- Lemah dalam komuniti dan sekuens bahan
- Sukar diimplementasikan oleh guru biasa ( perlu guru khas)
- Penekanan pada minat belum tentu sesuai untuk menghadapi realti
- Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelas kerana kurikulum hanya menekankan minat pelajar
Ciri-ciri :
- Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat
- Berasaskan pemikiran bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama & ada konflik
- Isi kurikulum berupaya masalah-masalah sosial/persekitaran
Menegak : keupayaan selesaikan masalah
- Kurikulum mengintegrasikan antara subjek dengan masalah kehidupan sosial & alam sekitar
- Pengajaran menggunakan pendekatan penyelesaian masalah
- Mengintegrasikan beberapa mata pelajaran
- Lingkungan masalah dalam kehidupan & masyarakat
- Masalah membentuk intipati kurikulum
- Pelajar mempelajari kurikulum untuk mengenalpasti, memahami, menganalisis dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan
- Pelajar memahami masalah
- Pencegahan dari dalaman diri pelajar
- Keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat
- Pelajar ingin mencuba walaupun telah memahami masalah
- Menimbulkan masalah yang lebih besar
- Kos lepas yang terpaksa ditanggung oleh pelajar, keluarga, masyarakat dan negara
No comments:
Post a Comment